Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya’ Ramadan kepada Masjid dan Surau dalam kawasan DUN Bukit Lanjan. Foto Pejabat DUN Bukit Lanjan
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Bukit Lanjan peruntuk RM39,000 sumbangan kepada masjid, surau

SHAH ALAM, 5 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan memperuntukkan RM39,000 sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan DUN berkenaan.

Wakil rakyatnya Pua Pei Ling berkata sumbangan itu bertujuan memudahkan pihak pengurusan rumah ibadat melaksanakan program sepanjang Ramadan.

“Sebanyak tujuh masjid dan dua surau solat Jumaat menerima RM2,000 manakala 23 surau lagi menerima RM1,000. Kita berharap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

“Pada masa sama kita masih menerima permohonan daripada mana-mana masjid dan surau di DUN Bukit Lanjan sekiranya mahukan bantuan tambahan, kita akan teliti daripada semasa ke semasa sekiranya ada keperluan,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas program lain sepanjang Ramadan, Pei Ling berkata pihaknya turut mengagihkan kupon RM5 kepada pengunjung bazar dalam DUN Bukit Lanjan.

“Inisiatif ini dapat membantu meringankan beban pembeli di bazar selain menyokong peniaga dengan membeli juadah disediakan mereka.

“Kita juga turut mengedarkan juadah berbuka puasa seperti bubur lambuk dan kurma di kawasan sekitar,” katanya.

 


Pengarang :