Intan Suria Hashim (dua, kiri) bersama empat lagi rakan mendapatkan barangan asas ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Gelanggang Bola Keranjang Klang Utama, Klang pada 13 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang dapatkan barangan dapur murah di empat lokasi JER hari ini

SHAH ALAM, 29 JUN: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas murah dengan mengunjungi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di empat lokasi hujung hari ini.

Bermula 10 pagi, jualan murah berlangsung di Pangsapuri Sungai Rasau (Batu Tiga), Gelanggang Bola Keranjang Sungai Besi Indah (Seri Kembangan) dan pekarangan Pejabat Amanah Bangi, Seksyen 7 (Sungai Ramal).

Jalan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut dilanjutkan hingga 4 petang sempena Karnival Kita Madani Selangor di pekarangan Dewan Dato’ Penggawa Permatang.

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :