Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang dapatkan barangan dapur murah, kunjungi JER di lima lokasi esok

SHAH ALAM, 21 JUN: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke lima lokasi esok.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Laman MBPJ@Boulevard, Jalan Yong Shook Lin Seksyen 52, Petaling Jaya (Bukit Gasing) dan parkir Masjid Albakri, Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam (Kota Kemuning).

Jualan murah sama turut berlangsung di padang awam Flat PKNS Seksyen 16, Shah Alam (Kota Anggerik), parkir Dewan Jasmin MBSA U/80 Jelutung Timur (Seri Setia) dan Dewan MDKS Bandar Baru Kuala Selangor (Bukit Melawati).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :