Kumpulan ejen pelancongan dari Thailand dibawa melihat helang ketika lawatan Anjung Utara di Pasir Penampang, Kuala Selangor pada 10 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor catat 27.6 juta pelancong domestik, tertinggi antara negeri

SHAH ALAM, 20 JUN: Selangor mencatat 27.6 juta bilangan pelancong domestik bagi tahun 2023, tertinggi antara negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata angka itu berdasarkan data dapatan pelancongan domestik pada tahun lepas yang dikeluarkan Jabatan Statistik Malaysia.

“Tahniah Tourism Selangor dan semua agensi-agensi berkaitan, teruskan momentum ini menjelang Tahun Melawat Selangor 2025,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Avani Sepang Goldcoast antara penginapan pilihan orang ramai ketika bercuti di Selangor. Foto Facebook Tourism Selangor

Minggu lalu ketua pegawai eksekutif Tourism Selangor berkata pihaknya giat mempromosi lokasi menarik bagi mengekalkan status negeri ini sebagai tumpuan pelancong.

Jelas Azrul Shah Mohamad, negeri konsisten mencatat kemasukan pelancong domestik tertinggi dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata Selangor menerima 10 juta pengunjung domestik pada 2021 dan meningkat kepada 22 juta pada tahun berikutnya seterusnya mencapai 27.6 juta tahun lalu.

Menurutnya angka berkenaan membantu peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar negeri dengan menyumbang sebanyak RM2.571 bilion daripada jumlah keseluruhan.

Foto Facebook Amirudin Shari

 

 


Pengarang :