Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan beramah mesra dengan orang ramai dalam Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Petaling di tapak Pasar Malam Seksyen 7, Shah Alam pada 19 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tengku Amir Shah kunjungi pasar malam, ramah mesra dengan orang ramai

SHAH ALAM, 19 JUN : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan mengunjungi pasar malam Seksyen 7 di sini hari ini, sempena program Gagasan Rumpun Selangor

Tengku Amir Shah yang tiba kira-kira jam 6.40 petang dengan menunggang skuter Vespa merah disambut EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail dan EXCO Belia  Najwan Halimi.

Baginda kemudian meluangkan masa kira-kira satu jam beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung termasuk berswafoto bersama mereka.

Sementara itu, peniaga Jasnisham Ab Razak menyifatkan kesudian Raja Muda singgah di gerainya dan membeli martabak sebagai kenangan terindah.

“Sejak 25 tahun saya berniaga, ini kali pertama saya terima kunjungan kerabat diraja untuk membeli juadah. Kenangan ini saya tidak akan lupakan sampai bila-bila.

“Program sebegini amat bagus kerana mendekatkan rakyat dan raja malah menjadi bukti raja mesra rakyat kerana sudi turun padang ke kawasan seperti ini,” katanya.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan beramah mesra dengan orang ramai dalam Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Petaling di tapak Pasar Malam Seksyen 7, Shah Alam pada 19 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sementara itu, seorang lagi peniaga popia Muhammad Khairullah Muhammad Sukhaine teruja apabila baginda singgah membeli di gerainya.

“Memang sudah tahu awal lagi Raja Muda akan melawat ke pasar malam hari ini, tetapi tidak sangka pula Baginda berkenan singgah dan beli popia yang saya jual,” ujarnya.

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal tahun ini bagi meraikan kepelbagaian dan menyemarak semangat perpaduan di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan program berkenaan bakal diadakan di sembilan daerah membabitkan peruntukan RM4.5 juta.

Setakat ini, program berkenaan sudah berlangsung di Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang sebelum diteruskan ke lima lagi daerah selepas Petaling hingga hujung tahun ini.

Pengarang :