Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir untuk membeli barang keperluan pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Kota Kemuning di JMB Pangsapuri Andorra pada 20 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kunjungi jualan murah di Kapar, Klang, Seri Setia, Sungai Burong hari ini

SHAH ALAM, 24 JULAI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan dapur murah dengan mengunjungi program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di empat lokasi hari ini

Bermula 10 pagi, jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dijadual berlangsung di Jalan Sungai Kapar Indah 6 (Meru) dan JKR Klang (Selat Klang).

Jualan sama turut diadakan di Kampung Haji Razali (Sungai Burong) dan Dewan Bunga Kertas MBSA (Seri Setia).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :