Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di empat daerah di Selangor hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 6 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda empat daerah di Selangor hingga 9 pagi ini.

Daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di Pulau Pinang, beberapa kawasan di Kedah serta Manjung, Perak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :