Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Pandan Indah di Dataran Pandan Prima, Ampang Jaya pada 14 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dengkil, Semenyih, Batu Tiga antara lima lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 4 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari, jualan murah itu diadakan di Balai Penghulu Semenyih (Semenyih), Dewan Putra Prima (Dengkil), JPKK Pandamaran (Pelabuhan Klang), belakang Surau Nurul Hidayah, Taman Batu Tiga (Batu Tiga) dan Balai Raya MPKK Sungai Pelek (Sungai Pelek).

Jualan Ehsan Rahmah (JER) menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :