Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah sempena program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Seri Setia di Tapak Parkir Dewan D’Kelana, Kelana Jaya pada 07 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/ MEDIASELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah barangan asas di lima lokasi hari ini

SHAH ALAM, 3 OGOS: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari, jualan murah itu diadakan di JMB Pangsapuri Andorra, (Kota Kemuning); Dataran Pangsapuri Intan, (Teratai) dan Goodyear Court 2, USJ 6.

Jualan sama turut berlangsung di tempat letak kereta Dewan Ababil, Pangkalan Udara TUDM, Subang dan Kampung Sri Indah B, Paya Jaras.

Menerusi JER orang ramai berpeluang mendapatkan ayam pada harga serendah RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :