AGENDANASIONAL

KL, Gombak, Petaling dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 24 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 6 petang ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di seluruh Melaka, Kuala Lumpur, beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang.

Cuaca buruk turut diramal di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :