Suasana Masjid Jamek Cina Muslim Klang ketika tinjauan semasa solat Maghrib pertama selepas pembukaannya pada 22 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
BERITA UTAMABUDAYARENCANA

Masjid seni bina Cina di Klang dibuka, lengkap restoran, perpustakaan

Masjid Jamek Cina Muslim Klang berkeluasan 2.98 ekar di Bandar Botanik, Klang yang boleh menampung sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa dibuka kepada umat Islam mulai Khamis lalu.

Satu-satunya berciri seni bina Cina di Selangor, masjid itu mempunyai menara unik selain dilengkapi dewan solat berbumbung jubin tradisional Cina manakala kaligrafi Cina menghiasi ruang mihrab.

Masjid terdiri bangunan empat tingkat bernilai RM30 juta itu menyediakan pelbagai kemudahan antaranya perpustakaan, bilik kuliah, bilik persinggahan, kedai cenderamata dan restoran.

Kerajaan Selangor, Persatuan Cina Muslim Malaysia membiayai pembinaannya selain sumbangan orang ramai selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memberi perkenan pada Mei 2019.

Jurufoto Media Selangor Harun Tajudin merakam keunikan dan suasana masjid tersebut pada hari pertama pembukaannya untuk solat Maghrib pada 22 Ogos dan solat Jumaat sulung keesokannya.

Suasana Masjid Jamek Cina Muslim Klang ketika tinjauan semasa solat Maghrib pertama selepas pembukaannya pada 22 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Pengunjung berjalan menuju ke Masjid Jamek Cina Muslim Klang pada 22 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Jemaah mengambil wuduk untuk solat Maghrib di Masjid Jamek Cina Muslim Klang pada 22 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Jemaah menunggu untuk menunaikan solat Maghrib pertama selepas pembukaan Masjid Jamek CIna Muslim Klang pada 22 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Suasana Masjid Jamek Cina Muslim Klang ketika tinjauan semasa solat Maghrib pertama selepas pembukaannya pada 22 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Keunikan hiasan dalaman Masjid Jamek Cina Muslim Klang ketika tinjauan pada 23 Ogos 2024 Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Khutbah Jumaat pertama disampaikan oleh Ustaz Ahmad Mujahid di Masjid Jamek Cina Muslim Klang pada 23 Ogos 2024 Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Kira-kira 800 jemaah mendirikan solat Jumaat pertama selepas pembukaan Masjid Jamek Cina Klang pada 23 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Pemandangan atas Masjid Jamek Cina Muslim Klang mengunakan dron pada 23 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Pengarang :