AGENDANASIONAL

Petaling, Hulu Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 16 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Petaling, Hulu Langat dan Sepang sehingga 11 pagi ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :