Pasukan golf lelaki Selangor yang diwakili Austin Gan (dua, kanan), Poon Jia Hao (kiri), Mohamad Ajmal Amin Fajri (kanan) dan Ezekiel Riz Hafi (dua, kiri) raih emas acara golf berpasukan ketika Sukan Malaysia yang ke-19 (SUKMA XXI) 2024 di Kelab Golf Sarawak, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

SUKMA hari lima: Taekwando, memanah, sepak takraw sumbang tiga perak

SHAH ALAM, 18 OGOS: Selangor menyasar meraih dua lagi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak yang memasuki hari lima hari ini.

Berada di tangga kelapan ketika ini dengan kutipan empat emas, tujuh perak dan empat gangsa, Selangor yakin mampu menambah emas menerusi sukan petanque (9.45 pagi) dan golf berpasukan lelaki (3.00 petang).

Tumpuan turut terarah kepada pasukan kriket lelaki dan lima atlet Muay Thai Selangor yang masing-masing mara ke pusingan separuh akhir.

Berikut perkembangan semasa SUKMA Sarawak hari ini:

11.30 malam: Pasukan bola sepak wanita Selangor mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium D, Petra Jaya hasil jaringan Ayuna Anjani Lamsin pada minit ke-39 dan Nur Amirah Abdul Rahman pada minit ke-61.

11 malam: Kelantan meraih emas pertama apabila A Vijiyaraj muncul juara acara Kumite 75kg lelaki dengan menewaskan S Pavithran Pillai dari Johor.

10.30 malam: Atlet taekwondo Nurul Aesyah Aqilah Mohd Sukeri dan memanah Nur Ieka Hariesya Zainal Habsali masing-masing menambah kutipan perak buat kontinjen Selangor

10.20 malam: Pasukan sepak takraw Selangor memenangi pingat perak menerusi acara berpasukan lelaki setelah tewas kepada Pulau Pinang dalam perlawanan akhir di Stadium Muhibbah, Bintulu.

Aksi pemain Selangor Muhammad Shahrain Zameer Shamsuddin pada perlawanan akhir sepak takraw berpasukan lelaki Regu B Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Muhibah pada 17 Ogos 2024. Foto BERNAMA

10 malam: Skuad lelaki Negeri Sembilan menamatkan penantian 14 tahun pingat emas tenpin boling Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini.

9.30 malam: Selangor mara ke separuh akhir boling padang dan akan bertemu dengan pemenang play-off antara Pahang atau Terengganu esok.

9 malam: Atlet Wilayah Persekutuan Keng Xian Hong sumbang pingat emas taekwondo dalam acara 80 kg lelaki.

8.40 malam: Sarawak menang pingat emas tenpin boling triples wanita, Negeri Sembilan juara triples lelaki

7 malam: Cedera bahu kanan tidak menghalang Sayyeda Khadeeja Mohammad Anis Fadhil menamatkan saingan acara 25 meter (m) pistol individu dan berpasukan wanita di tangga pertama podium.

Atlet dari Pahang itu mempamerkan semangat juang tinggi untuk membidik 16 mata dalam acara di Lapang Sasar Sarawak di sini.

5.30 petang: Pasukan golf lelaki Selangor yang diwakili Austin Gan, Poon Jia Hao, Mohamad Ajmal Amin Fajri dan Ezekiel Riz Hafi raih emas, kumpul 659 mata.

Pasukan golf wanita rangkul perak dengan 688 mata manakala Ajmal Amin turut sumbang pingat sama bagi acara individu lelaki.

EXCO BELIA dan SUKAN Najwan Halimi (tengah) bergambar bersama permain golf Selangor selepas Selangor memenangi satu emas dan dua perak ketika Sukan Malaysia yang ke-19 (SUKMAXXI) di Kelab Golf Sarawak, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

5 petang: Penembak Pahang, Cheah Zen Hong menambah koleksi pingat emas dalam acara 10 meter Air Pistol individu lelaki dan berpasukan di Lapang Sasar Sarawak.

4 petang: Dua lagi pingat gangsa disumbangkan atlet Muay Thai Selangor, Sharil Aiman Abu Hanipah dan Saafuan Shah Roslan petang ini.

2 petang: Atlet Muay Thai Muhamad Ridzuan Makueta menyumbang pingat gangsa kepada kontinjen Selangor bagi kategori 45kg-48kg.

1.00 tengah hari: Atlet Wilayah Persekutuan raih emas acara memanah compound 50 meter lelaki sementara atlet Terengganu ungguli kategori wanita.

12.35 tengah hari: Pasukan Sepak Takraw Selangor acara kuadran lelaki mara ke pusingan seterusnya selepas menundukkan Negeri Sembilan dalam aksi kumpulan B di Stadium Muhibah, Bintulu

12.00 tengah hari: Badminton berpasukan campuran Selangor peringkat kumpulan A menewaskan Sarawak 5-0

11.30 pagi: Pemain petanque Selangor Mohd Ayzek Hakimi meraih pingat perak menerusi acara shooting lelaki.

Penyandang pingat emas SUKMA 2022 itu tewas 28-37 kepada peserta Melaka Khairul Amirul Zamrulhisham. Sementara gangsa milik peserta Pahang Muhammad Harith Muhaimin Hafaizul.

Pemain petanque Selangor Mohd Ayzek Hakimi meraih pingat perak menerusi acara shooting lelaki pada Sukan Malaysia Sarawak di Arena Petanque Santubong, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto ZAREEF MUZAMMIL/MEDIA SELANGOR

11.00 pagi: Pasukan Bola Jaring Selangor menundukkan Pahang pada aksi kumpulan B di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah

10:40 pagi: Atlet Wilayah Persekutuan Joachim Chuah raih emas acara skuasy perseorangan lelaki sementara C. Ameeshenraj dari Negeri Sembilan (perak) dan  Low Wa Sern dari Perak (gangsa).

10.00 pagi: Pasukan hoki lelaki Selangor tewas 0-2 kepada Wilayah Persekutuan pada pusingan Kumpulan D

9:30 pagi: Atlet Sabah Yee Xin Ying raih emas pertama dalam acara skuasy menerusi perseorangan wanita.

Xin Ying yang juga pemain kebangsaan menundukkan seorang lagi pemain kebangsaan K Sehveetrra yang mewakili Kedah dengan 9-11, 7-11, 11-8, 11-7, 11-8.

 

 


Pengarang :