Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi menyampaikan bantuan awal untuk menampung kos membaiki rumah daif di Kampung Chendor Kuantan, Pahang. Foto Facebook Anwar Ibrahim bertarikh 8 Ogos 2024
AGENDANASIONAL

Tampung kos baiki, PM salur RM15,000 setiap rumah daif Kampung Chendor

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 untuk setiap rumah daif di Kampung Chendor Kuantan, Pahang, bagi kos membaiki rumah tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata bantuan berkenaan disalurkan semasa Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi, melakukan kunjungan ke beberapa rumah daif di kampung itu, baru-baru ini.

“Beliau (Ahmad Farhan) telah meninjau keadaan rumah-rumah daif tersebut dan telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 untuk setiap rumah untuk kos membaiki rumah-rumah tersebut,” katanya.

— BERNAMA


Pengarang :