SHAH ALAM, 26 MAC: Allah SWT mampu menciptakan dari segala sesuatu daripada tiada kepada ada dan mampu juga melenyapkannya, kata Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi mengupas ayat ke-57 hingga ke-62 Surah Al-Waqiah.
Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi berkata ayat itu menerangkan kekuasaan Allah dan membuktikan kebenaran hari kebangkitan dan kepastian berlakunya hari kiamat.
“Sebagaimana mudahnya Allah mencipta manusia selama sembilan bulan atas keredaan-Nya begitu juga mudah Allah mencipta hari pembalasan.
“Yang paling utama adalah persediaan menghadapi kematian. Setiap kali kita memandang berkaitan kelahiran dan kematian sepatutnya kena dihubungkan dengan hari kiamat supaya ada keinsafan untuk jalani kehidupan mereka,” katanya.
Terdahulu, ayat berkenaan dibaca qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut menerusi program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan.

Sementara itu, Amirudin berkata penting untuk menghayati peringatan dalam ayat ini untuk terus kekal istiqamah dengan mempercayai kehidupan selepas kematian itu wujud.
“Ayat ini seolah-olah Allah menampar kepada kelompok yang tidak percaya kepada kehidupan selepas kematian.
“Allah telah buktikan barang yang mati, nutfah atau air mani, akhirnya kita (manusia) menjadi besar dan akan mati semula,” katanya.
Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari , Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.
Berikut episod sebelum ini:
- Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
- Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
- Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
- Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
- Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
- Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
- Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
- Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
- Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
- Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
- Episod 12: Allah Maha Mengetahui
- Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
- Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
- Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
- Episod 16: Kematian bukan penamat
- Episod 17: Rezeki dari Allah, umat Islam perlu syukuri nikmat
- Episod 18: Kiamat pasti tiba, al-Quran hurai kejadian, nasib manusia
- Episod 19: Perkukuh rohani, tingkat takwa persiapan hadapi kehidupan akhirat
- Episod 20: Golongan benar, jujur peroleh ganjaran besar di hari kiamat
- Episod 21: Hindari lakukan dosa, terus berbuat baik demi ganjaran syurga
- Episod 22: Golongan taat, tunduk nafsu dijanji nikmat luar biasa
- Episod 23: Hindar diri jadi golongan ashabul syimal
- Episod 24: Persediaan hadapi hari kiamat