Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Allah Maha Mengetahui, tidak ada tersembunyi termasuk dalam hati manusia

SHAH ALAM, 13 MAC: Umat Islam diseru agar terus menghayati kebijaksanaan Allah SWT yang menciptakan segala sesuatu, tidak ada yang tersembunyi termasuk apa yang ada di dalam hati manusia.

Pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ketika menghurai ayat ke-11 hingga 13 Surah Al-Mulk berkata surah ini memberi jawapan kepada rancangan jahat kaum musyrikin terhadap Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah.

“Jangan kamu sangka kamu senyap-senyap berunding tiada yang tahu segala perancangan, Allah Maha Mengetahui, termasuk yang ada dalam hati manusia.

“Ayat ini disampaikan kepada nabi untuk memberi peringatan kepada orang kafir jangan macam-macam semua rancangan kamu Allah tahu.

Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Faiz Fateh Al Azhari. Surah Al-Fatihah dibacakan oleh juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut

“Banyak dalam al-Quran Allah dedahkan segala perancangan jahat terhadap nabi,” katanya dalam program 30 hari 30 ayat al-Quran Bersama Dato’ Menteri Besar sempena Ramadan.

Sementara itu, Dato’ Seri Amirudin Shari mengingatkan umat Islam agar sedar kebesaran serta lemahnya kita banding pencipta supaya iman kita kukuh dalam laksana ibadah puasa dalam Ramdaan.

“Marilah terus hayati al-Quran sedar kebesaran dan lemahnya kita banding pencipta kita supaya iman kita kukuh dalam laksana ibadah puasa dalam Ramdaan,” katanya.

Terdahulu dua ayat berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
  • Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
  • Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
  • Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik

 


Pengarang :