SHAH ALAM, 17 MAC: Setiap makhluk pasti mati sebelum dibangkit semula di padang masyar untuk bertanggungjawab atas segala dosa yang mereka dilakukan, jelas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
Pendakwah bebas itu ketika menghurai surah al-Mulk ayat 25 hingga 27 menerusi Program 30 Hari 30 ayat al-Quran berkata kematian juga bukanlah penamat sebaliknya permulaan kepada kehidupan akhirat.
“Ini mengingatkan kita bahawa perjalanan di muka bumi bukan berakhir dengan kematian.
“Sebaliknya kematian merupakan satu permulaan, setiap manusia akan dibangkit di padang masyar dan bertanggungjawab atas segala yang dilakukan di muka bumi ini,” katanya.

Tambah beliau, ketika di bumi ramai manusia mempersoalkan kebenaran terjadinya hari kiamat sehingga ada mempersendakannya di hadapan Rasulullah SAW.
“Ada antara mereka membawa tulang dan meramas depan Rasulullah SAW sambil bertanya adakah haiwan yang sudah menjadi tulang ini akan dibangkitkan oleh Allah?.
“Namun, atas bimbingan Allah SWT, Rasulullah SAW menjawab saya hanya memberi peringatan dan yang tahu kiamat bila hanyalah Allah SWT.
“Hal ini kerana Allah tidak mahukan hamba-Nya hanya tumpu bila hari kiamat sebaliknya yang utama adalah persiapan sebelum tibanya kiamat,” jelasnya.
Terdahulu tiga ayat berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.
Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dengan kupasan surah al-Fatihah.
Berikut episod sebelum ini:
- Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
- Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
- Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
- Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
- Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
- Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
- Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
- Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
- Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
- Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
- Episod 12: Allah Maha Mengetahui
- Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
- Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
- Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
@amirudinshari 📖 Surah Al-Mulk, Ayat 25-27 Manusia sering bertanya, “Bila hari kiamat?” namun Al-Quran mengajar kita bahawa yang lebih utama adalah persiapan, bukan ramalan. Ayat ini mengingatkan kita bahawa hari pembalasan itu nyata, dan hanya Allah SWT mengetahui saatnya. Bagaimana kita boleh bersedia menghadapi hari yang dijanjikan ini? Mari kita dalami tafsir ayat ini bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dalam episod ke-16, 30 Hari 30 Ayat. @habibalialhamidofficial @farhatulfairuzah 30Hari30Ayat Ramadan2025 KitaSelangor