AGENDANASIONAL

KL, Gombak, Petaling antara lokasi diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 28 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Lumpur dan tiga daerah negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Petaling hingga 9 malam.

Amaran hujan lebat disertai ribut petir juga diramal berlaku melibatkan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :