Orang awam berpayung meredah hujan ketika melintas jalan di Ipoh pada 25 September 2024. Foto Facebook BERNAMA
AGENSISELANGOR

Hujan lebat, ribut petir diramal landa Sabak Bernam hingga 6 petang

SHAH ALAM, 7 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang di Sabak Bernam hingga 6 petang ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah dijangka mengalami keadaan sama.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :