ADNBERITA UTAMASELANGOR

Suami ADN Hulu Bernam meninggal dunia

SHAH ALAM, 12 DIS: Suami kepada Ahli Dewan Negeri Hulu Bernam, Aziz Deraman, 60, meninggal dunia pada jam 10 pagi, hari ini.

Berita berkenaan disahkan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menerusi akaun Facebook miliknya.

Datuk Rosni Sohar (kanan) bersama allahyarham suaminya. Foto Facebook Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan

“Dukacita dimaklumkan suami kepada Yang Berhormat, Datuk Rosni Sohar ADN Hulu Bernam merangkap Ketua Wanita UMNO Selangor baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya.

“Moga roh suami beliau, Abang Aziz sentiasa di dalam lindungan dan limpahan rahmat ALLAH SWT,” tulisnya menerusi status yang dimuat naik.

Sementara itu Ketua Unit Ibu Pejabat Wanita UMNO Malaysia, Siti Jumaah Othman memaklumkan allahyarham meninggal dunia di Jalan Kampung Kayu Besar, Melor, Kelantan.

“Allahyarham dipercayai menghidap penyakit kanser dan dijangka akan dikebumikan petang ini,” katanya.


Pengarang :