PBTSELANGOR

EXCO: Selangor lakukan proses nyahcemar sejak minggu lalu

SHAH ALAM, 29 MAC: Proses nyahcemar bagi membendung wabak Covid-19 sudah dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor secara berperingkat sejak minggu lalu, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata bagaimanapun proses itu dilakukan secara lebih agresif mulai minggu ini bagi mengekang wabak itu daripada terus menular.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak memfokuskan kepada satu-satu PBT sebaliknya menganggap kesemua pihak berkuasa itu penting dan berharap dapat lakukan tugasan sebaiknya.

“Diharap petugas PBT dan petugas barisan hadapan yang banyak berkorban demi rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini bersama berganding bahu dalam memastikan seluruh negara bebas Covid-19 dalam masa terdekat,” katanya kepada SelangorKini.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan proses nyah cemar dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah PBT setiap daerah mulai Isnin ini yang menumpukan kepada kawasan berisiko tinggi terhadap jangkitan wabak itu.


Pengarang :