Anggota Angkatan Tentera Malaysia mengawal pergerakan masuk dan keluar di Menara City One selepas bangunan tersebut menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula tengah malam tadi. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM: Kes Menara City One berkait kluster himpunan tabligh

PUTRAJAYA, 31 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes Covid-19 yang dilaporkan di Menara City One, Kuala Lumpur berkait dengan kluster perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

“Kes indeks kemudiannya menjangkiti 12 ahli keluarganya di bangunan itu dan meningkat mendadak sehingga 17 kes menyebabkan bangunan berkenaan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian jangkitan Covid-19 di KKM, di sini hari ini.

Kerajaan menguatkuasakan PKPD di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur berkuat kuasa tengah malam tadi hingga 13 April.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat menteri kesihatan bagi memutuskan rantaian jangkitan kepada penghuni lain yang tinggal di kawasan perumahan terbabit.

Tindakan PKPD membabitkan 3,200 penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara itu.

-BERNAMA


Pengarang :