Suasana kemeriahan Bazaar Ramadan. Sumber: Arkib SelangorKini
AGENDANASIONAL

Kerajaan tidak benarkan bazar Ramadan dibuka

SHAH ALAM, 16 APRIL: Kerajaan tidak membenarkan sebarang operasi bazar berbentuk gerai bagi menjual kuih-muih dan lauk-pauk sepanjang Ramadan walaupun fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijadualkan berakhir 28 April ini, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu turut melibatkan operasi dalam bentuk pandu lalu serta `pesan dan ambil’.

“Jadi tidak ada lagi isu berkaitan bazar Ramadan atau pun e-iftar,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata makanan dari kedai yang dibuka hanya boleh dibeli menerusi perkhidmatan e-panggilan  mengikut peraturan ditetapkan seperti fasa pertama dan kedua PKP.

Semalam, Ismail Sabri berkata, cadangan beberapa pihak supaya kerajaan membenarkan operasi bazar Ramadan menggunakan konsep pandu lalu serta ‘pesan dan ambil’ akan diteliti.


Pengarang :