Anggota polis melakukan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Lebuhraya Cheras-Kajang, Kajang pada 15 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

316 ditahan ingkar PKP fasa ketiga di Selangor

SHAH ALAM, 16 APRIL: Seramai 316 individu ditahan di negeri ini dalam tempoh 24 jam, semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, kata timbalan ketua polis Selangor.

Datuk Arjunaidi Mohamad berkata daripada jumlah itu 93 orang sudah dihadapkan ke mahkamah.

“Untuk tangkapan keseluruhan di Selangor, 2,255 orang ditahan kerana ingkar sejak 18 Mac lalu sehingga semalam dan 1,050 daripadanya sudah didakwa,” katanya selepas majlis pelancaran Sistem Rondaan Aberdeen Kereta Peronda Polis (MPV) di Balai Polis Damansara, hari ini.

Kerajaan pada Selasa lalu memutuskan tiada lagi kompaun akan dikeluarkan kepada mereka yang ingkar PKP sebaliknya direman dan dikenakan tindakan mahkamah.


Pengarang :