Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan ke atas seorang penghuni Malayan Mansion berikutan kes Covid-19 di bangunan berkenaan pada 8 April 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

KKM kaji selidik faktor pematuhan rakyat cegah Covid-19

SHAH ALAM, 17 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan soal selidik berkaitan faktor pematuhan rakyat Malaysia terhadap langkah pencegahan semasa pandemik Covid-19.

Mereka yang ingin menyertai soal selidik oleh Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan KKM boleh layari http://tiny.cc/KAJIANTPBCOVID-19 dan hanya mengambil masa antara lima hingga tujuh minit.

“Penyertaan adalah secara sukarela dan tiada bayaran dikenakan. Diingatkan bahawa kajian ini tidak akan meminta responden mendedahkan maklumat peribadi seperti nama, nombor MyKad, nombor telefon atau alamat,” katanya menerusi keterangan dalam pautan itu.

Sebarang pertanyaan mengenai kajian itu boleh hubungi Muhammad Ridzwan Zakaria di talian 012-7399507.


Pengarang :