Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan 25 penghuni asrama membersihkan sampah dibuang mereka dari tingkat atas sebuah bangunan di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang pada 12 Mei 2020. Foto ihsan MPK
PBTSELANGOR

25 pekerja kutip semula sampah dibuang dari tingkat atas asrama

SHAH ALAM, 13 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan 25 penghuni asrama membersihkan sampah yang dibuang mereka dari tingkat atas sebuah bangunan di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.

MPK dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya yang menerima aduan daripada peniaga mendapati sampah-sampah tersebut dibuang dari tingkat dua dan tiga bangunan Lintang Sultan Muhammed 1B.

“Pasukan MPK melalui Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekitaran kemudian mengarahkan penghuni berkenaan membersihkan sampah tersebut serta-merta,” jelas kenyataan itu.

Katanya, pihaknya juga memberi amaran agar penghuni di bangunan itu tidak lagi membuang sampah sesuka hati dan menjaga kebersihan kawasan.

Kesemua sampah itu sudah dibersihkan penghuni berkenaan semalam.


Pengarang :