SHAH ALAM, 9 JULAI: Kerajaan membenarkan pawagam memperkenalkan konsep baru tayangan dengan menontonnya dari dalam kenderaan di lokasi terbuka.
Menteri kanan (keselamatan) berkata jualan makanan juga perlu dibuat dalam talian dan pengunjung mengambilnya secara pandu lalu, tertakluk kepada tatacara operasi piawai (SOP).
“Petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) juga perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperincikan SOP bagi rujukan semua operator.
Konsep tayangan itu popular di luar negara dan kerajaan mahu memperkenalkannya berikutan wabak Covid-19.