Presiden Parti KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PAKATAN terus pertahan mandat rakyat

SHAH ALAM, 17 OGOS: Pakatan Harapan (PAKATAN) tidak akan berundur dalam perjuangan sebaliknya terus mempertahankan mandat rakyat dengan semangat, kekuatan dan setia kawan baharu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PAKATAN juga bertekad untuk terus berusaha menjadi suara rakyat di Parlimen sambil meneruskan ikhtiar mengembalikan mandat rakyat.

“Adakah kerajaan ini boleh bertahan hanya dengan 111 sokongan ahli parlimen atau akan ada lagi episod sogokan dengan segala ugutan dan tawaran pangkat atau jawatan?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pembangkang turut mempersoalkan kewibawaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas proses undian Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020.

RUU berkenaan diluluskan di peringkat dasar dengan sokongan 111 ahli parlimen manakala 106 wakil rakyat yang lain memilih untuk menentang.

Bagaimanapun, PAKATAN turut berpuas hati dengan alasan yang diberikan tiga ahli Parlimen yang tidak hadir semasa proses undian hari ini kerana sibuk dengan urusan Pilihan Raya Negeri Sabah.


Pengarang :