AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sertai kempen zakat saham, peluang menang telefon RM1,000

SHAH ALAM, 24 SEPT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengajak orang ramai menyertai Kempen Zakat Saham sehingga 30 November ini untuk memenangi hadiah istimewa.

Agensi memaklumkan pembayar zakat perlu mengikuti tiga langkah penyertaan ditetapkan yang bermula sejak 15 September lalu.

“Pertama, buat bayaran zakat saham menerusi platform berikut iaitu fpx.zakatselangor.com.my/, di 23 cawangan LZS atau di semua ejen kutipan LZS.

“Selepas membuat bayaran zakat saham, sila imbas kod QR atau layari bit.ly/zakatsaham20202 dan jawab soalan mudah yang disediakan serta lengkapkan maklumat diri,” menurutnya menerusi Facebook.

Menerusi penyertaan ini, pemenang berpeluang memenangi telefon bernilai RM1,000, tablet bernilai RM600, tiga baucar pusat beli belah AEON bernilai RM100 dan lima hadiah saguhati berbentuk cenderahati daripada LZS.

 


Pengarang :