Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media situasi terkini pandemik Covid-19 di Kementerian Kesihatan Putrajaya pada 11 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Kes baharu, pulih menurun dengan catatan lebih 600

SHAH ALAM, 18 NOV: Jangkitan baharu Covid-19 hari ini mencatat penurunan hampir separuh dengan 660 kes berbanding 1,210 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes pulih juga menurun kepada 630 berbanding 1,018 kes semalam.

“Daripada jumlah baharu, terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan dua warganegara dan dua bukan warganegara yang tiba dari Turki (2 kes), India (1 kes) dan Arab Saudi (1 kes).

“Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 12,814 kes,” katanya pada sidang media.

Tambah beliau terdapat empat kematian direkodkan hari ini melibatkan tiga warganegara dan satu warga asing masing-masing dua di Perak dan Sabah.

“Sebanyak 103 kes positif dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 41 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.


Pengarang :