SHAH ALAM, 25 NOV: Satu lagi kluster baharu dikesan di Selangor membabitkan daerah Kuala Langat.
Ketua pengarah kesihatan berkata Kluster Gangsa itu mencatatkan 30 kes positif dengan 29 daripadanya merupakan warga asing.
“Kes ke-56,262 merupakan kes indeks yang disahkan positif kelmarin selepas melakukan saringan tempat kerja.
“Setakat hari ini, 78 individu disaring dan 30 positif termasuk seorang warganegara. Keputusan lain masih ditunggu,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.
Terdahulu, beliau memaklumkan pertambahan 115 kes baharu di Selangor menjadikan keseluruhan 12,693 kes.