Petugas kesihatan meletakkan sampel saringan Covid-19 ke panel khas ‘buffer tube’ untuk mengesan jangkitan virus dengan pantas menggunakan mesin analisa Standard F200 SD Biosensor ketika program Saringan Komuniti di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor rekod 532 kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 14 DIS: Selangor terus menjadi penyumbang kes tertinggi Covid-19 selepas merekodkan 532 kes hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu turut melibatkan satu kes jangkitan import.

“Sebanyak 303 kes dikesan dari kluster sedia ada serta lapan kes dari kluster baharu, kluster Solar Ria.

“109 kes dicatatkan dari saringan kontak rapat manakala 111 dari lain-lain saringan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, kes harian Selangor menurun dengan 435 kes direkodkan namun tetap menyumbangkan bilangan kes tertinggi merangkumi 35.4 peratus daripada 1,229 keseluruhan kes.


Pengarang :