Yang Dipertua Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhammad menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan dalam program Ziarah Medik Pekawanis. Foto Pekawanis
BERITA UTAMASELANGOR

Pekawanis hulur sumbangan, ringan beban pesakit kronik

SHAH ALAM, 18 DIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntukkan RM150,500 bagi membantu beberapa pesakit di 43 Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Yang Dipertuanya, Datin Seri Masdiana Muhammad berkata setiap pesakit diberi bantuan wang tunai RM250 dan RM100 serta beberapa barangan keperluan harian melalui program Ziarah Medik Pekawanis.

“Program ini dilaksanakan untuk menyantuni dan meringankan beban golongan wanita atau kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik.

“Kriteria penerima dipilih berdasarkan maklumat daripada ketua kampung dan ahli majlis,” katanya ketika dihubungi.

Program Ziarah Medik Pekawanis telah menjelajah ke 43 DUN antaranya Sungai Tua, Taman Templer, Bukit Melawati, Seri Setia, Hulu Klang, Permatang, Kota Damansara dan Kuala Kubu Bharu.


Pengarang :