Orang ramai termasuk kanak-kanak menyertai Saringan Komuniti Covid-19 percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Serbaguna MBSA U5, Shah Alam pada 27 Mei 2021. Foto MOHAMMAD RAHEEMIE ARIFIN/ SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes harian Covid-19 di Petaling meningkat lebih separuh

SHAH ALAM, 30 MEI: Petaling semalam kembali merekodkan kes positif Covid-19 empat angka dengan 1,026, selepas kali terakhir pada 25 Mei lalu.

Berdasarkan perkongsian Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di Facebook, angka itu meningkat lebih separuh berbanding Jumaat lalu dengan daerah tersebut hanya mencatatkan 556 kes.

Peningkatan jangkitan berkenaan susulan Selangor melaporkan 2,836 kes baharu iaitu hampir 3,000 berbanding direkodkan sehari sebelumnya.

Empat daerah dengan kes tiga angka pula adalah Klang iaitu 532, Hulu Langat (467), Gombak (406) dan Sepang (191).

Manakala, empat yang lain mencatat dua angka, Kuala Selangor 85 kes, Kuala Langat (78), Hulu Selangor (31) dan Sabak Bernam (20).

Secara keseluruhan, kes di negeri itu semalam mencatat 2,836 iaitu 2,821 jangkitan dalam komuniti, penjara (13) dan kes import (dua).

Kes pulih adalah 2,516 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 172,513 sejak pandemik menular.


Pengarang :