SHAH ALAM, 16 MAC: Lima daerah negeri ini diramal mengalami ribut petir pagi ini.
Lima daerah itu ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.