SHAH ALAM, 2 APRIL: Angka jangkitan harian Covid-19 turun 1,084 kes kepada 17,476 semalam berbanding kelmarin, dengan kebanyakan pesakit tidak bergejala.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 99.37 peratus atau 17,365 orang dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).
“Daripada jumlah yang direkodkan, sebanyak 111 kes atau 0.63 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5,” katanya dalam kenyataan.
Berikut pecahan kes mengikut kategori:
- Kategori 1: 9,813 kes (56.15 peratus)
- Kategori 2: 7,552 kes (43.22 peratus)
- Kategori 3: 37 kes (0.21 peratus)
- Kategori 4: 37 kes (0.21 peratus)
- Kategori 5: 37 kes (0.21 peratus)
Jumlah jangkitan mencecah lima angka bermula 6 Februari lalu dengan 10,089 kes. Kelmarin, jumlah harian pesakit Covid-19 merekodkan 18,560 kes.
Jumlah terkumpul jangkitan adalah 4,219,395 kes sejak dua tahun lalu.