Penduduk bersama berbuka puasa ketika majlis Iftar Rakyat DUN Pandan Indah di Dewan Komuniti MPAJ Pandan Indah, Ampang pada 24 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Wakil rakyat Pandah Indah peruntuk RM150,000 anjur program Ramadan

AMPANG, 25 APRIL: Sebanyak RM150,000 diperuntuk wakil rakyat Pandan Indah bagi menganjurkan pelbagai program sepanjang Ramadan ini.

Ir Izham Hashim berkata peruntukan terbesar membabitkan sumbangan RM50,000 kepada seluruh surau dan masjid di kawasan berkenaan.

“Setiap surau mendapat RM1,500 manakala masjid pula sebanyak RM2,500, selain itu kita juga menyerahkan al-Quran dan buku-buku.

“Antara program lain yang kita jalankan termasuk agihan kurma, bakul makanan dan program minyak motosikal percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Rakyat DUN Pandan Indah di Jalan Pandan Indah di sini, semalam.

Izham berkata penganjuran berbuka puasa yang diadakan itu adalah kali kedua di mana 800 penduduk yang kurang berkemampuan hadir.

“Kali pertama diadakan pada minggu lalu di Cheras Indah dengan kehadiran 300 orang dan kali ini 500 orang,” katanya.


Pengarang :