Datuk Bandar Dato’ Zamani Ahmad Mansor (tengah) ketika menyantuni kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Program Iftar Jamaie 2022 pada 22 april 2022. Foto MBSA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA santuni lebih 100 kakitangan memerlukan, beri duit raya RM300

SHAH ALAM, 25 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyantuni 104 kakitangan dengan memberi sumbangan Aidilfitri sebanyak RM300 seorang.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam berkata penerima merupakan kakitangan orang kelainan upaya (OKU), berpenyakit kronik dan mempunyai pasangan yang tidak mampu bekerja akibat kemalangan.

“Sumbangan menerusi Tabung Majikan Prihatin MBSA turut diberi kepada ibu atau bapa tunggal, pekerja ada anak OKU serta kakitangan yang baharu memeluk Islam.

“Semoga sumbangan ini mampu meringankan beban mereka untuk menyediakan keperluan di bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba,” kata Shahrin Ahmad menerusi kenyataan.

Sumbangan berkenaan diserah pada Program Iftar Jamaie 2022 pada Jumaat di Hotel Mardhiyyah di sini.

Majlis yang dihadiri Datuk Bandar Dato’ Zamani Ahmad Mansor dan Timbalannya Mohd Rashidi Ruslan itu turut melibatkan 250 peserta terdiri daripada wakil penduduk dan warga kerja MBSA.


Pengarang :