Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Ramalan hujan lebat di tiga daerah di Selangor, Kuala Lumpur hingga 7 malam

SHAH ALAM, 26 April: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta Kuala Lumpur hingga jam 7 malam ini.

Kawasan lain terbabit adalah Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin di Negeri Sembilan; Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi di Johor; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Beluru, Telang Usan, Miri, Marudi dan Limbang di Sarawak serta Sipitang, Tenom, Beaufort, Tambunan, kawasan pantai barat iaitu Papar, Ranau dan Kota Belud serta Tawau dan Kunak di Sabah.

Amaran sama turut membabitkan Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim di Kedah; Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Besut, Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin di Pahang.


Pengarang :