Orang ramai mengunjungi tapak bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa pada hari pertama pembukaannya di Kampung Baru pada 3 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian naik paras 3,000 kes, kategori serius 30 kes

SHAH ALAM, 27 APRIL:  Jumlah jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 3,361 kes semalam berbanding 2,478 kes hari sebelumnya, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes serius kategori tiga, empat dan lima kekal rendah iaitu hanya 30 kes atau 0.89 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) 3,331 kes atau 99.11 peratus.

“Daripada 30 kes dalam kalangan kategori tiga hingga lima, sebanyak 17 membabitkan individu mempunyai komorbid, berusia 60 tahun dan ke atas (16 kes), tidak divaksin atau belum lengkap vaksin (14 kes) dan sudah menerima dua dos vaksin namun tiada dos penggalak (10 kes).

Dr Noor Hisham berkata pertambahan kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan adalah 4,436,912 kes dengan 61,871 kes masih aktif.

“Selain itu, sebanyak 9,484 kes kes sembuh dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 4,339,521 kes,” katanya.

Beliau berkata tiada kluster baharu dikesan semalam namun masih terdapat 92 kluster aktif direkodkan di negara ini.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori yang dicatatkan semalam:

• Kategori 1: 1,256 kes (37.37 peratus)
• Kategori 2: 2,075 kes (61.74 peratus)
• Kategori 3: 11 kes (0.33 peratus)
• Kategori 4: 4 kes (0.11 peratus)
• Kategori 5: 15 kes (0.45 peratus)

 


Pengarang :