Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dr Ahmad Shahir Makhtar melapah daging lembu sempena program Ibadah Korban Mais di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 11 Julai 2022. Foto Facebook Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais korban 15 lembu, agih kepada asnaf dan warga kerja

SHAH ALAM, 12 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyembelih sebanyak 15 ekor lembu semalam untuk diagih kepada asnaf dan warga kerja sempena Aidiladha.

Program ibadah korban dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor dan anak syarikat bertujuan mengeratkan silaturahim antara warga kerja di Bangunan Sultan Idris Shah.

“Sempena Aidiladha, Mais tidak ketinggalan dalam melaksanakan amalan bagi program tersebut.

“Program Ibadah korban bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah malah menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong royong dalam kalangan umat Islam,” katanya di Facebook.

Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor terlibat ialah Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

Manakala anak syarikat Mais ialah Perbadanan Wakaf Selangor. Program turut dihadiri Pengerusi Mais Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.


Pengarang :