SHAH ALAM, 5 SEPT: Jangkitan baharu Covid-19 di negara ini terus menurun dengan 1,903 kes direkodkan semalam berbanding 2,240 kelmarin dan 2,328 kes sehari sebelumnya.
Laman sesawang COVIDNOW melaporkan daripada jumlah itu, hanya satu jangkitan membabitkan kes luar negara menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak ialah 4,753,362 kes.
Menerusi perkongsian data itu juga sebanyak dua kematian dilaporkan sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan yang terkorban sebanyak 36,245 kes.
Selain itu, sebanyak 3,138 kes direkodkan sembuh menjadikan keseluruhan 4,726,250.