Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memadam kebakaran di rumah kedai dua tingkat berusia lebih 100 tahun yang terbakar di Pekan Lama Kuala Selangor pada 5 September 2022. Foto Facebook Mpkk Bagan Sungai Yu
AGENSISELANGOR

Rumah kedai lebih seabad di Kuala Selangor musnah terbakar

SHAH ALAM, 5 SEPT: Lima unit rumah kedai dua tingkat berusia lebih 100 tahun di Pekan Lama Kuala Selangor musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian sekitar 5.15 pagi membabitkan dua premis kosong, kedai pakaian, tokong persendirian dan rumah burung layang-layang, lapor Berita Harian.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.20 pagi dan menggerakkan 32 pegawai ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kebakaran mulanya membabitkan dua lot kedai. Semua pemilik kedai tiada di tempat kejadian dan berada di rumah masing-masing,” kata Pengarahnya Norazam Khamis.

Beliau berkata kerja memadam kebakaran oleh jentera dari balai Kuala Selangor, Tanjong Karang, Bestari Jaya, Sekinchan dan Sungai Besar masih dijalankan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Anggaran peratusan kemusnahan untuk kelima-lima rumah kedai itu adalah 80 peratus manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya lagi.

 


Pengarang :