AGENDANASIONAL

Ribut petir, hujan diramal di Sabak Bernam hingga 7 malam

SHAH ALAM, 7 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama turt dijangka di beberapa negeri seperti Kedah di Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Manakala Kelantan di Jeli dan Tanah Merah, Pahang (Raub) serta Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Situasi di Sarawak pula melibatkan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song) selain Sabah di Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Kunak) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan)..

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :