SHAH ALAM, 11 OKT: Hadiah wang tunai sebanyak RM22,000 menanti juara pertandingan memancing anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 30 Oktober ini.
Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pertandingan yang bertempat di Taman Tasik Shah Alam pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari bersempena ulang tahunnya yang ke-22.
Naib johan akan membawa pulang wang tunai RM10,022 diikuti RM2,022 (ketiga) manakala tempat keempat hingga ke-15 memenangi hadiah sagu hati sebanyak RM200.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Jabatan landskap MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1660 atau 1284 dengan yuran penyertaaan sebanyak RM100.