Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor hingga 2 pagi esok

SHAH ALAM, 12 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 2 pagi esok.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut diramal di negeri ini melibatkan daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor di samping seluruh Pulau Pinang serta Labuan.

Situasi sama dijangka di Kedah melibatkan Kulim dan Bandar Baharu, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Kuantan dan Pekan).

Sarawak pula di Mukah (Mukah), Kapit (Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Telang Usan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :