EXCO Pelancongan Hee Loy Sian (tengah) dan Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan (empat, kanan) menggaul yee sang sempena Pesta Budaya dan Warisan Kebudayaan Chap Goh Mei Kajang di Jalan Mendaling, Kajang pada 5 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dana RM500,000 selenggara dan naik taraf infrastruktur rosak, terbiar di DUN Kajang 

HULU LANGAT, 6 FEB: Infrastruktur rosak dan lama terbiar menjadi tumpuan dalam Projek Selangor Penyayang 2.0 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Wakil rakyatnya Hee Loy Sian berkata projek penyelenggaraan dan naik taraf dijangka bermula bulan ini menggunakan peruntukan RM500,000 seperti diumum dalam belanjawan negeri.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian menyambut limau mendarin sebagai simbolik perasmian Pesta Budaya dan Warisan Chap Goh Mei Kajang di Jalan Mendaling, Kajang pada 5 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Dalam tempoh tiga bulan bermula Februari, kita akan melaksanakan (naik taraf) terutama infrastruktur yang lama ditinggalkan selain penurapan jalan dan pembaikan bumbung sekolah.

“Keutamaan turut diberikan kepada pangsapuri kos rendah kerana kita mengesan ada (pangsapuri) yang sudah lebih 20 tahun tidak dicat,” katanya.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan (kiri) pada Pesta Budaya dan Warisan Chap Goh Mei Kajang di Jalan Mendaling, Kajang pada 5 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Ditemui pada Pesta Budaya dan Warisan Cap Goh Mei Kajang di sini semalam, beliau turut memaklumkan terdapat beberapa projek penyelenggaraan fasa pertama sedang berjalan.

“Ada Projek Selangor Penyayang 1.0 melibatkan peruntukan RM1 juta masih belum selesai,” katanya.

Belanjawan 2023 memperuntuk RM28 juta di bawah inisiatif Projek Selangor Penyayang sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat.

Setiap DUN diberi RM500,000 untuk menjalankan projek penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.


Pengarang :