SHAH ALAM, 28 FEB: Program kayuhan santai bersama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah akan berlangsung pada 19 Mac depan.
Yang dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata program Kayuhan Menjunjung Kasih 2022 yang sepatutnya pada 12 Mac ditunda kepada tarikh tersebut.
“Pada edisi kali ini, kayuhan santai ini telah ditambah jarak mencecah ke 50 kilometer dengan melalui daerah Klang Utara dan Klang Selatan.
“Dijangka 1,000 orang peserta akan terlibat dalam kayuhan ini,” kata Noraini Roslan ketika menyampaikan perutusan Mesyuarat Penuh MPK Bilangan 2/2023 hari ini.
Tambah beliau, program berkenaan akan berlepas pada jam 7 pagi di Sime Darby Sales Gallery, Bandar Bukit Raja, Klang.