Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis pelancaran projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS ) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 15 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri tawar 11 insentif, galakkan pelaburan pembangunan taman industri

SHAH ALAM, 15 MAC: Sebanyak 11 insentif ditawar kepada pelabur dan pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan Taman Perindustrian Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata empat daripadanya ditawar kepada pelabur merangkumi proses laluan segera, tempoh kelulusan, cukai taksiran serta pengecualian bayaran lesen niaga.

Bagi pemaju dan pengurus taman industri, tujuh insentif disediakan iaitu premium tanah, bayaran ansuran caj pemajuan tanpa faedah dan pengecualian penyediaan kilang kos rendah.

“Turut ditawar kuota pemilikan hartanah bagi warganegara atau syarikat asing penduduk tetap, pajakan jangka panjang pembangunan bukan strata, cukai tanah serta tafsiran.

“Insentif membantu mengurangkan bebanan kos awalan pembangunan sekali gus menarik minat pemaju hartanah mempercepatkan aktiviti pembangunan,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika pelancaran Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) hari ini.

Taman Perindustrian Selangor berkonsep perindustrian terurus dilancar sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2021.


Pengarang :