Keadaan aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara ketika tinjauan orang ramai pulang ke kampung sempena Aidilfitri pada 20 April 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Aliran trafik arah utara, pantai timur perlahan di beberapa lokasi takat 9 pagi

KUALA LUMPUR, 21 APRIL: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan terkawal menjelang sambutan Aidilfitri esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata setakat 9 pagi ini, aliran trafik menuju utara lancar namun kenderaan di dua lokasi iaitu dari Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng bergerak perlahan.

Bagi perjalanan ke arah pantai timur, kenderaan dilaporkan bergerak perlahan dari Terowong Genting Sempah ke kawasan Rehat & Rawat Genting Sempah.

Selain itu, laluan trafik menuju ke selatan turut dilaporkan lancar.

Sementara itu, PLUS menerusi ciapan di akaun Twitter memaklumkan terdapat lori rosak di Kilometer 233.4 arah selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar yang menyebabkan lorong kiri terhalang, namun trafik masih lancar di kawasan berkenaan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

— BERNAMA

 


Pengarang :